England umumkan pasukan Euro 2012

England telah mengumumkan senarai 23 para pemain mereka untuk Euro 2012 yang akan datang termasuk Oxlande-Chamberlain.

Pengurus pasukan Roy Hodgson telah mengumumkan senarai 23 pamain untuk kempen Euro 2012 dengan penyerang Andy Carroll diberi jersi nombor sembilan.

Scott Parker, Danny Welbeck dan Glen Johnson juga kekal dalam pasukan walaupun telah mengalami kecederaan.

Andy Carroll yang telah menghadapi musim yang sukar dengan Liverpool musim ini sebelum memperbaiki permainan pada akhir musim telah diberi tanggungjawab sebagai penyerang utama.

Ini mengikut masanya di Newcastle dimana beliau telah diberi nombor yang sama untuk musim 2010/11.
Gareth Barry tidak dapat serta setelah mengalami kecederaan kepada abdomennya dalam kemenangan 1-0 ke atas Norway dalam perlawanan persahabatan.

Pemain pertahanan Phil Jagielka telah diberi peluang untuk mengambil alih setelah Hodgson menyatakan yang dia akan cuba mengukuhkan pasukannya.

John Ruddy juga tidak dapat serta akibat kecederaan kepada jarinya dan digantikan dengan Jack Butland.

Parker yang mengalami masalah Achilles, Welbeck dengan masalah kai dan Johnson dengan masalah dengan jari kakinya akan serta dengan rakan sepasukan lain di Watford hari ini.

Senarai nombor jersi England untuk Euro 2012: 1 Hart, 2 Johnson, 3 Cole, 4 Gerrard, 5 Cahill, 6 Terry, 7 Walcott, 8 Lampard, 9 Carroll, 10 Rooney, 11 Young, 12 Baines, 13 Green, 14 Jones, 15 Lescott, 16 Milner, 17 Parker, 18 Jagielka, 19 Downing, 20 Oxlade-Chamberlain, 21 Defoe, 22 Welbeck, 23 Butland.