Diarah bayar RM28.59 juta

KUALA LUMPUR 24 Mei – Ahli perniagaan, Low Thiam Hoe dan syarikat Mekuritek Sdn. Bhd. masing-masing diperintah membayar RM28.59 juta kepada Hong Leong Finance Bhd. (Hong Leong Finance) ekoran kegagalan mereka melunaskan kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta, kira-kira 14 tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Hadhariah Syed Ismail dalam keputusannya hari ini berkata, perjanjian kemudahan itu telah diberikan, namun pembayaran berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan, gagal dipatuhi.

Thiam Hoe sebelum ini, mengemukakan permohonan untuk meminda pernyataan pembelaan bagi memasukkan dakwaan mengenai pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Hong Leong Finance, Tan Sri Quek Leng Chan di sebalik perjanjian tersebu