China juara Piala Thomas 2012

KUALA LUMPUR 27 Mei – China mempertahankan kejuaraan Piala Thomas buat kali kelima berturut-turut selepas Chen Long menewaskan Shon Wan-ho 21-9, 21-13 dalam aksi perseorangan kedua sebentar tadi, dan keputusan itu sekaligus memberikan tuan rumah kemenangan mutlak 3-0 ke atas Korea Selatan.

Kejuaraan kali ini boleh dikatakan paling manis untuk Negara Tembok Besar itu kerana buat julung kalinya ia dikecapi di bumi sendiri.

China kali terakhir menganjurkan Piala Thomas pada 2002 di Guangzhou, tetapi ketika itu dikejutkan Malaysia pada separuh akhir. – UTUSAN