Chelsea juara Eropah

Drogba menyamakan kedudukan dengan tandukan baik sebelum menjaringkan gol kemenangan dalam tendangan penalti untuk menang 4-3 ke atas Bayern.


Bayern Munich mempunyai beberapa peluang untuk memusnahkan harapan Chelsea dan telah meraih kelebihan 3-1 dalam tendangan penalti selepas penjaga gol Manuel Neuer menyumbat gol ketiga.

Walaubagaimanapun Ivica Olic dan Bastian Schweinsteiger gagal menjaringkan gol dan memberi Drogba untuk memraih kemenangan dan menebus pengalaman buruk di Moscow empat tahun lalu.

Tandukan Thomas Muller pada minit ke 83 dijangka dapat memastikan kemenangan tetapi Drogba mengejutkan pasukan tuan rumah beberapa minit kemudian untuk menyamakan kedudukan 1-1 dan meneruskan permainan ke masa tambahan.

Drogba telah memberi penalti dalam masa tambahan apabila mengasari pemain Bayern tetapi Petr Cech mampu menyelamatkan percubaan Arjen Robber dan penyerang Ivory Coast yang telah dibuang padang empat tahun lalu dalam perlawanan dengan Manchester United telah menebus memori buruk itu.

Pengurus sambilan Chelsea Roberto Di Matteo telah mengarah Chelsea untuk mengawal Bayern dan taktik beliau kelihatan efektif apabila pasukan Jupp Heynckes’ terpaksa berusaha dengan lebih gigih.

Arjen Robben telah menggelecek bola ke dalam kotak dalam separuh masa pertama tetapi Cech dapat percubaannya dengan kaki beliau.

Mario Gomez yang telah menjaringkan 20 gol dalam 17 penampila Liga Juara-Juara mengalami prestasi yang paling teruk dan tidak mampu mencari ruang.

Rentak perlawanan berterusan dalam separuh masa kedua apabila percubaan Franck Ribery didapati ofsaid setelah percubaan Robben dihalang Ashley Cole.

Cole menunjukkan prestasi yang baik tetapi kesilapannya telah memberi peluang untuk Bayern membuka tirai apabila hantaran Tony Kroos tidak dikawal Cole dan Muller mengambil kesempatan untuk menanduk masuk bola lepas Cech.

Bayern menyertakan Daniel van Buyten untuk mengukuhkan benteng pertahanan tetapi tandukan kencang Drogba melepasi Nuer.

Drogba sekali lagi mendapat tumpuan tiga minit kemudian apabila mengasari Ribery tetapi Cech mampu menangani percubaan Robben.

Cech sekali lagi bertindak dengan cemerlang apabila menyelamatkan percubaan Olic dan Schweinsteiger sebelum Drogba mencetuskan peraian besar untuk para penyokong Chelsea.