Campbell terkejut Rio tidak dipilih

Bekas pemain antarabangsa England Sol Campbell berkata beliau terkejut Rio Ferdinand tidak dipilih untuk skuad Euro 2012 pasukan England.

Hodgson mendedahkan semalam senarai 23 pemain untuk pertandingan yang akan diadakan di Poland dan Ukraine dan Ferdinand adalah pemain yang paling terkenal yang tidak ada di dalam senarai itu.
Kehadiran John Terry dalam skuad itu telah menimbulkan kepada cadangan bahawa skuad itu tidak boleh mengandungi kedua-dua Terry dan Ferdinand.

Dan Campbell percaya ketegangan antara kedua-dua pemain itu mungkin adalah sebab Ferdinand tidak dipilih. Campbell berkata tidak mungkin Ferdinand tidak dipilih di atas prestasi beliau memandangkan prestasi beliau untuk Manchester United di akhir musim sangat baik.

“Saya tidak tahu tentang perbualan Roy Hodgson dengan John Terry atau Rio Ferdinand,” bekas bintang Arsenal memberitahu kepada CNN. “Itu tidak akan didedahkan oleh mereka.

“Tetapi saya rasa [isu perkauman] memainkan peranan kecil atau besar dalam keputusan itu kerana Rio telah menunjukkan prestasi yang baik untuk United, terutama sekali di 3 bulan terakhir musim ini.

“Bagi saya, ia benar-benar mengejutkan. Saya tidak boleh percaya keputusan itu. Anda tidak boleh bercakap beliau ada kecederaan dan tidak mampu bermain banyak perlawanan kerana beliau telah main 10, 12 perlawanan terakhir United dan menujukkan pretasi baik.

“Anda perlukan banyak pengalaman dalam pertandingan seperti ini.”

Campbell bagaimanapun bersetuju dengan keputusan Hodgson untuk menamakan pemain Liverpool, Steven Gerrard sebagai kapten baru England.

“Stevie memang patut menjadi kapten,” katanya.

“Beliau seolah-olah selalu diketepikan, tetapi dia seorang kapten yang hebat untuk kelabnya dan saya pasti dia akan menjadi kapten yang hebat untuk England.”

2 Replies to “Campbell terkejut Rio tidak dipilih”

Comments are closed.