Besi tembus kereta

TAIPING – Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku kepada tiga beranak yang terselamat walaupun kereta Proton Saga yang dinaiki mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya sepanjang 15 meter selepas kenderaan itu terbabas ke tepi lebuh raya.

Semasa kejadian pada pukul 2.30 petang di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering itu, pemandu kereta, Mohd. Ali Mohd. Hussin, 33, isterinya, Roziana Abu Samah, 29, dan anak lelaki pasangan itu, Mohd. Haziq, 3, dalam perjalanan ke Petaling Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Mohd. Ali yang memandu kereta dipercayai mengantuk menyebabkan kenderaan itu merempuh penghadang lebuh raya.

Kejadian itu menyebabkan, Mohd. Ali tersepit dalam kereta dipandunya dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.

Difahamkan keluarga itu berasal dari Kulim, Kedah dan mahu ke Petaling Jaya untuk menziarahi kakak Roziana di Petaling Jaya.

Roziana yang sedang memangku anaknya ketika kejadian berkata, sebelum terbabas kereta dipandu suaminya bergerak terhuyung-hayang.

“Suami ketika itu juga memberitahu dia mahu berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat Changkat Jering yang terletak 10 kilometer dari tempat kejadian.

“Bagaimanapun, sebelum sempat berhenti