Bersih 3.0: Anwar, Azmin Didakwa

KUALA LUMPUR: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali pada Selasa didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengingkari perintah majistret agar tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Kedua-dua mereka juga didakwa bagi tuduhan kedua iaitu bersubahat menghasut tiga individu lain merempuh penghadang bagi memasuki Dataran Merdeka.

Anwar dan Mohamed Azmin mohon dibicarakan.

Hakim Mahmud Abdullah membebaskan kedua-duanya dengan ikat jamin RM500 setiap seorang.

Sementara itu Ketua Pemuda PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang menghadapi tuduhan yang sama turut mohon dibicarakan.

Ketiga-tiga mereka menjadi individu pertama dituduh mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.



GAMBAR klip video Azmin dan Anwar yang didakwa memberi arahan kepada perusuh untuk merobohkan pagar halangan di Dataran Merdeka.