Barcelona juara Copa del Rey

Barcelona mengucapkan selamat tinggal kepada Pep Guardiola dengan penuh gaya selepas mereka menewaskan Athletic Bilbao 3-0 pada final Copa del Rey.

Perlawanan satu pihak itu memastikan trofi ke-14 untuk Barcelona di bawah bimbingan Pep Guardiola dalam masa empat tahun.

Lionel Messi hampir meletakkan Barcelona di hadapan seawal minit ketiga.

Gorka Iraizoz menyelamatkan bola dengan baik untuk menghalang Messi menjaringkan gol ke-73 musim ini beberapa minit kemudian.

Athletic kurang bernasib baik apabila tidak diberikan penalti yang mungkin akan mengubah perlawanan itu sebelum masa rehat apabila Fernando Llorente telah dijatuhkan oleh Gerard Pique dan Barca kelihatan sudah memenangi perlawanan selepas separuh masa kedua bermula.

Tandukan Pique yang terpantul dari Javi Martinez jatuh tepat kepada Pedro yang seterusnya menjaringkan gol ke-12 musim ini.

Barca ternyata menguasai perlawanan pada separuh masa pertama dan Messi hampir menambah jaringan apabila usahanya menyimpangkan bola telah dihantar keluar oleh Iraizoz.

Selepas 20 minit, Messi berjaya menjaringkan gol kedua untuk Barcelona hasil hantaran oleh Andres Iniesta.
Barcelona mengukuhkan kedudukan empat minit kemudian selepas sepakan percuma pantas oleh Pique kepada Messi dan hantarannya dirembat oleh Pedro meletakkan Barca 3-0 di hadapan.