Bahan cetak rompak RM276,000 dimusnah

MELAKA – Polis memusnahkan sejumlah 51,229 keping cakera digital (CD), video cakera padat (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak dan lucah bernilai kira-kira RM276,000 yang dirampas sepanjang tahun 2004 hingga 2009.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kesemua barangan yang dimusnahkan itu merupakan bahan bukti kepada 81 kes yang sudah selesai di mahkamah.

Menurutnya, mengikut statistik, sejak lima tahun lalu, operasi membanteras sindiket cetak rompak pada 2007 sehingga tahun lalu membawa kepada rampasan 347,366 VCD cetak rompak.

“Dalam tempoh itu, kita telah menangkap seramai 325 orang kerana melakukan kesalahan mengedar dan menjual barangan haram tersebut,” katanya.