Athetico Madrid menang Liga Europa

Radamel Falcao membuktikan kemahiran setelah memenangi kasut emas dengan menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Athletic Bilbao.

Penyerang Colombia itu telah mencipta dua gerakan cantik dalam separuh masa pertama sebelum jaringan lambat Diego menjaminkan kemenangan kedua Athletico dalam tiga tahun.

Pasukan Diego Simeone telah menguasai perlawanan dalam perlawanan akhir Sepanyol itu dengan Athletic Bilbao yang diuruskan Marcelo Bielsa.

Jaringan ke 11 dan 12 Falcao dalam kejuaraan itu telah memenanginya gelaran sebagai penjaring gol terbanyak di hadapan penyerang Schalke Klaas Jan Huntelaar dan sekaligus menambah kepada rekodnya dalam kejuaraan itu kepada 29 gol dalam 29 perlawanan.

Hantaran Arda Turan merupakan peluang pertama Atletico untuk Adrian Lopez yang telah memberi tandukan yang tidak tepat.

Pada minit ketujuh, Falcao membuka tirai di luar kotak penalti dengan tendangan kaki kiri yang baik.
Penyerang Columbia itu sekali lagi menambah kepada jaringan pada minit ke 34 apabila Fernando Amorebieta hilang kawalan bola di luar kotak dan Arda memberinya hantaran baik sebelum Falcao melepasi Jon Aurtenetxe dan merembat gol keduanya.

Bielsa menggantikan Ibai Gomez dan Inigo Perez untuk Iturraspe dan Aurtenetxe pada masa rehat dan telah membangkitkan prestasi untuk seketika apabila Andoni Iraola memberi hantaran yang ditendang keluar oleh Joao Miranda.

Perez pula telah diberi kad kuning setelah mengasari Adrian dan tendangan percuma Gabi tidak lepas tembok pertahanan.

Sausaeta telah melepaskan rembatan kencang dengan kaki kirinya yang terpesong dari Miranda dan Arda telah mensia-siakan gerakan baik dengan tendangan cip yang Iraizoz telah mengatasi.

Diego kemudian melepasi  Toquero dan Amorebieta sebelum memberi rembatan baik untuk gol ketiga dan terakhir untuk perlawanan.