Anak Zaid Ibrahim ditahan

SHAH ALAM – Anak bekas pemimpin politik kontroversi, Datuk Zaid Ibrahim ditahan semalam kerana terlibat menerbitkan buku berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta tulisan penulis kontroversi, Irshad Manji .

Ezra Zaid yang merupakan pengarah syarikat ZI Publications ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebanyak 180 naskhah buku tersebut dirampas dalam operasi ke atas pejabat syarikat penerbitan tersebut yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.