5 kanak-kanak hangus terbakar

Wanita berusia 20-an itu ditangkap selepas kebakaran pada jam 4 pagi memusnahkan rumah berkenaan.

Mangsa berusia antara lima dan 10 tahun dan tidur di tingkat atas. Kanak-kanak keenam berusia 13 tahun kini dirawat di hospital.

Dua orang dewasa yang turut menghuni rumah berkenaan hanya cedera ringan.

Rumah di Allenton, Derby itu dipercayai dihuni bersama oleh Mick Philpott, 54, isteri, Mairead, 31, dan lapan anak mereka.

Jurucakap polis, Penolong Ketua Konstabel Steve Cotterill berkata, Philpott, bekas pengurus kedai roti itu berusaha untuk menyelamat anaknya ketika kejadian.

Dia muncul dalam akhbar The Sun pada Ogos 2007 kerana membantah penolakan permohonannya untuk mendapat sebuah rumah majlis perbandaran yang lebih besar untuk keluarganya.

Ketika itu, dia menceritakan bagaimana dia tinggal di rumah kecil itu bersama isteri, wanita simpanan, Lisa Willis, 27 dan lapan daripada 14 anaknya ketika itu. Dia kini mempunyai 17 anak. Mereka termasuk empat anaknya bersama Mairead, tiga bersama Lisa dan seorang hasil hubungannya dengan wanita lain.

Lisa dikatakan hamil dengan anak ke-15 Philpott.

Lelaki itu juga mengadu kepada The Sun kerana terpaksa tidur dalam khemah apabila enam anaknya hasil daripada hubungan dengan wanita lain sebelum ini datang untuk tinggal bersamanya. – DM