47 mayat nahas Sukhoi ditemui

JAKARTA 10 Mei – Sebanyak 47 mayat mangsa nahas pesawat Sukhoi Superjet 100 yang dilaporkan hilang, semalam ditemui petang ini.

Jurucakap Agensi Penyelamat Nasional (Basarnas), Gagah Prakoso berkata, pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian sekitar lereng Gunung Salak petang ini dan menemui bangkai pesawat dan juga mangsa nahas.

“Kesemua mayat tersebut terpaksa diangkut keluar melalui udara esok (Jumaat) memandangkan proses pemindahan agak sulit,” jelas Gagah.

Pesawat buatan Rusia itu ditemui di ketinggian 5,400 kaki di daerah Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat

Jom tengok gambar2 terakhir sebelum kemalangan tersebut.