14,131 bida plat WWW

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima sebanyak 14,131 bidaan bagi nombor pendaftaran kenderaan siri WWW yang dikaitkan dengan singkatan World Wide Web sejak tempahan dibuka pada 30 April lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, jumlah bidaan yang tinggi itu bukan sahaja melibatkan kataegori golden numbers malah kategori kurang popular.

“Dijangka hari ini (semalam) dan Isnin depan, 2,000 lagi resit pembidaan akan dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tarikh tutup bidaan ialah pada pukul 12 tengah hari Isnin ini, 14 Mei.