Garis panduan baru elak salah laku ejen rahsia

WASHINGTON: Malu berhubung seks skandal di Colombia, Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat mengeluarkan garis paduan kelakuan baru yang melarang ejen daripada melawat kawasan tidak sepatutnya dan membawa orang luar pulang ke hotel.

Piawaian kelakuan yang dipertingkatkan berkuat kuasa serta merta, juga melarang ejen yang bertugas dalam pasukan pelindung presiden daripada mengambil alkohol dalam masa 10 jam selepas melapor diri untuk bertugas.

Peraturan itu diedarkan dua minggu selepas lebih 24 ejen Perkhidmatan Rahsia dan kakitangan tentera dihantar pulang dari Cartagena, Colombia, ketika mengukuhkan kawalan keselamatan menjelang lawatan Presiden Barack Obama ke negara itu.

Garis panduan itu menguatkuasakan zon terhad dan kawasan terhad bagi tentera dan memerlukan ejen menghadiri taklimat piawaian kelakuan sebelum memasuki negara lain, yang menyaksikan kemungkinan duta Amerika mengenakan peraturan khas. – Edwin Donovan, Ejen khas Perkhidmatan Rahsia, Mereka dituduh mabuk, melawat kelab tarian bogel dan menemani pelacur, termasuk membawa pekerja seks balik ke hotel penginapan mereka.

Lapan ejen dipecat sejak itu, keistimewaan keselamatan seorang daripada mereka ditarik balik dan tiga lagi dibebaskan daripada sebarang salah laku, menurut agensi itu. Siasatan mengenai tindakan ejen itu dan 12 kakitangan tentera masih berterusan.

“Garis panduan itu menggariskan zon terhad dan kawasan terhad bagi tentera dan memerlukan ejen menghadiri taklimat piawaian kelakuan sebelum memasuki negara lain, yang menyaksikan kemungkinan duta Amerika mengenakan peraturan khas,” kata ejen khas Perkhidmatan Rahsia, Edwin Donovan dalam satu kenyataan.

Ejen juga diperlukan untuk mematuhi undang-undang Amerika ketika di luar negara dan menjalani latihan etika bagi melayakkan melakukan lawatan ke luar negara.

Bagaimanapun, Senator Republikan, Chuck Grassley, anggota Jawatankuasa Perundangan Senat, berkata peraturan baru itu tidak mencukupi.

Katanya, sekeping kertas dengan undang-undang baru tidak menafikan tindakan sebelumnya, dan sebab itu ia penting untuk memastikan agensi dan ejen bertanggungjawab, berikutan siasatan menyeluruh dan bebas.

Agensi memberitahu ahli perundangan Amerika Khamis lalu ia kini menyiasat dakwaan baru mengenai salah laku tahun lalu di El Salvador, yang menyaksikan ejen dituduh membayar untuk mengadakan hubungan seks dalam kawasan VIP di kelab tarian bogel dan membawa gadis pengiring balik ke hotel mereka menjelang lawatan Obama.

“Jika dakwaan itu benar, tingkah laku itu langsung tidak boleh diterima,” kata ahli Kongres, Sheila Jackson Lee, lewat Khamis lalu selepas taklimat oleh pengarah Perkhidmatan Rahsia, Mark Sullivan.

Dia berkata, sebagai tambahan kepada sekatan baru ke atas tingkah laku, Sullivan mula menubuhkan kumpulan yang akan berurusan dengan isu kebudayaan di dalam agensi itu. – AFP