Month: April 2012

  • One Trade Centre atasi Empire State

    NEW YORK – Bangunan One World Trade Centre yang menggantikan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) diumumkan sebagai bangunan pencakar langit tertinggi New York semalam. Ketinggian bangunan baharu itu hanya melebihi 381 meter daripada bangunan Empire State di sini selepas para pekerja memasang beberapa tiang besi di atas menara itu. One World Trade Center kini menjadi mercu tanda kebanggaan bandar… Continue reading "One Trade Centre atasi Empire State"

  • Najib umum gaji minimum RM900

    PUTRAJAYA – Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam) manakala bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, gaji minimum itu meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun. “Tarikh mula kuat… Continue reading "Najib umum gaji minimum RM900"

  • Alasan suami tidak masuk akal

    PETALING JAYA – Pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar berkeras tidak mahu diceraikan oleh suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak selepas mendakwa alasan yang diberikan lelaki itu bahawa mereka tidak lagi serasi dan tiada persefahaman sebagai tidak masuk akal. Ketika prosiding di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, Rita, 36, yang diwakili peguam Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu, dia tetap… Continue reading "Alasan suami tidak masuk akal"

  • 4 tertuduh diarah bela diri

    SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan bekas peguam, N. Pathmanabhan membela diri atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dua tahun lalu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan kes prima facie. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan tersebut selepas mendapati Pathmanabhan mempunyai motif untuk berbuat demikian kerana dia gagal mempercepatkan bayaran cek… Continue reading "4 tertuduh diarah bela diri"

  • Afdlin perjuangkan hak

    PELAKON dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki meluahkan rasa kecewanya apabila filem terbaharu arahannya Berani Punya Budak dipinggirkan oleh sesetengah pawagam tempatan. Perkara itu berlaku dikatakan untuk memberi laluan dan memberikan sokongan yang lebih kepada filem Hollywood, The Avengers yang kebetulan ditayangkan sehari selepas filem aksi komedi tempatan itu mula ditayangkan di pawagam. Berkongsi minggu yang sama permulaan tayangan dengan filem… Continue reading "Afdlin perjuangkan hak"

  • Zizan Kena Radang Otot

    PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 29 April akibat keradangan otot. Menurut pengurusnya, Marina Juki, ketika kejadian, Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh, Perak bagi menjayakan siaran langsung program Melodi bersempena Karnival Jom Heboh di negeri tersebut. “Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi,… Continue reading "Zizan Kena Radang Otot"

  • Ahli perniagaan Australia mahu bina Titanic kedua

    SYDNEY: Salah seorang orang terkaya Australia, Clive Palmer hari ini mendedahkan rancangannnya untuk membina Titanic versi abad ke-21 di China dengan pelayaran sulung dari England ke New York dijadual pada 2016. Palmer, seorang ahli perniagaan perlombongan berkata, beliau sudah menyerahkan kontrak pembinaan kapal persiaran itu kepada sebuah syarikat China, CSC Jinling Shipyard bagi membina Titanic II yang mirip kapal pertama… Continue reading "Ahli perniagaan Australia mahu bina Titanic kedua"

  • Upah samseng belasah bos

    KUALA LUMPUR: Marah diberhentikan kerja, seorang wanita berusia 50 tahun sanggup mengupah sekumpulan enam samseng untuk memukul bekas majikannya di kawasan sebuah pusat hiburan di Kompleks Wilayah, di sini, Jumaat lalu. Mangsa yang bekerja sebagai pengurus sebuah pusat hiburan berusia 49 tahun itu dilaporkan menerima lebih tiga jahitan di kepala selain cedera di seluruh badan akibat dibelasah kumpulan terbabit yang… Continue reading "Upah samseng belasah bos"

  • Remaja jadi ‘habuan’ tiga lelaki

    GOMBAK: Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang keluar bersama teman lelaki baru dikenalinya apabila dia diperkosa lelaki itu, malah turut dijadikan habuan kepada dua lagi rakan suspek. Difahamkan, remaja perempuan itu bukan saja diperkosa bergilir-gilir oleh tiga lelaki terbabit di sebuah pondok usang di sini, malah perlakuan keji mereka itu turut dipertontonkan kepada rakan lain. Lebih keji… Continue reading "Remaja jadi ‘habuan’ tiga lelaki"

  • ‘Sumpah depan api’

    KUALA TERENGGANU: “Tak mboh (nak) buat lagi doh, sumpah depan api. Kalau kena tangkap sekali lagi, (hukum) penjara teruslah,” kata seorang duda, Sulong Abdullah, 60, ketika membuat rayuan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan khalwat kali kedua dengan seorang janda di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam. Dalam rayuannya di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail, datuk kepada lebih 20 cucu itu… Continue reading "‘Sumpah depan api’"

  • Polis keliru pembunuh tukul besi

    LAS VEGAS – Dengan menggunakan tukul besi sebagai senjata, seorang lelaki yang tidak mempunyai sejarah melakukan jenayah menyerang sebuah keluarga di Las Vegas dan membunuh seorang wanita serta anak perempuannya. Serangan kejam tanpa motif itu membuatkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) tergamam dan keliru. Susulan kejadian rogol dan kematian Ignacia Martinez, 38, serta anaknya, Karla Martinez yang berusia 10 tahun,… Continue reading "Polis keliru pembunuh tukul besi"

  • Perusuh guna kayu pukul polis

    KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis mendakwa dia dipukul dengan kayu besbol sehingga cedera ketika perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 di ibu negara kelmarin yang bertukar menjadi ganas. Lans Koperal Mohd. Nasir Abu Mansor, 33, yang cedera di bahagian abdomen memberitahu, kejadian yang menimpanya berlaku ketika dia sedang bertugas di kawasan Arked Mara. Kejadian… Continue reading "Perusuh guna kayu pukul polis"