Awal Ashaari dan Scha Umum Tarikh Nikah

Giliran Awal dan Scha pula nak bernikah.

Alhamdulillah. Scha al-Yahya dan Awal Ashaari sudah pun selamat umumkan tarikh bahagia mereka di sebuah majlis ringkas di Flora Cafe, Jalan Ampang.
Pasangan ini bakal mengikat tali hubungan sebagai suami isteri di sebuah majlis pernikahan pada 4 Mei 2012 ini & bakal berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya.
Majlis resepsi Scha al-Yahya dan Awal Ashaari bakal di’adakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei 2012.
Menariknya, majlis perkahwinan & juga pernikahan pasangan ini bakal menerima tajaan mewah cenderahati mewah daripada Bateel Asia, pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa. Lebih 1,750 cenderahati bakal di’edarkan kepada tetamu bernilai RM600,000.